baik. pelajaran hari ini adalah menghasilkan sesuatu yang agak berseni (ewah).
anda akan memerlukan:
1) pengering rambut (hair dryer)
2) sekotak crayon/oil pastel yang tidak lagi lengkap
3) canvas, dinding rumah atau papan lapis, kertas tebal pun boleh
4) elektrik rumah
5) masa
6) kesabaran yang tinggi tapi takpe penat sikit sebab nanti bila tengok dia flow pergh puas hati beb
7) pita selofan (cellophane tape/cellotape/selotep)
pastikan baju krayon tersebut dikoyak terlebih dahulu untuk memudahkan proses pencairan.
susun oil pastel anda mengikut warna pelangi. warna yang lain selitkan mengikut kesesuaian.
setelah empat puluh lima minit yang pertama. pengering rambut saya overheated sebanyak beberapa kali. saya yang tak pernah guna pengering rambut ingatkan rosak. newbz lulz
oil pastel saya patah. ianya tak sepatutnya berlaku kerana sepatutnya cantik je cair ke bawah tanpa serpihan tapi saya peduli apa.
pandangan sisi. yang warna royal blue tu serius sumpah nak mencair. degil ni.
pandangan keseluruhan kanvas. oh ya, kanvsa ini sudah terbiar selama beberapa tahun. kalau awak tengok dekat-dekat, awak akan nampak lakaran kepala biawak menggunakan pensel warna. saya tak da mood nak tengok biawak sekarang.
pandangan dari tepi. kaya dengan benjolan ya, kerana ada pastel yang patah tadi. tapi kita gasakkan dan tumpukan pengering rambut tadi ke arah serpihan! peduli apa!
penat dah nak pegang pengering rambut di hari pertama. hari kedua asyik tidur je. kakaka
------
jadi sejauh ini ia mengambil masa sebanyak lima jam untuk cari sepenuhnya.
kalau anda pun ada crayon atau oil pastel yang menyemak dalam almari, pinjam pengering rambut sesiapa untuk menghasilkan perkara yang sebegini. Puas hati.
Selamat mencuba!







