buat masa sekarang aku sedang memainkan album bovidae, band bovidae, instrumental jazz. sekarang track massive weird nun, 1.13 minutes in. dimulakan dengan loop 2 3 key piano beberapa kali, diselitkan dengan riff-riff gitar yang nakal. drumming mencelah perlahan-lahan. aku main tulis je ni, tak sure sebenarnya. otak aku tengah serabut sikit tak fokus mana, previous track dia lebih happening, dan ending previous track tu tak tenang pun.
aku tak sure pun ni kira satu album atau tak, atau ni shuffle mode?
bovidae ni band dari sheffield, UK. terdiri daripada 3 orang:
Danny Bacchus - drum
Adam McSweeney - gitar
Janine Rogers - piano/synth
ini link bandcampnya
also aku nak ulang balik dengar scottish gaelic.
(oh couldn't help but to grin when friends said Merida reminds them of me ♥)
---
tadi masa maghrib macam tu aku conquer pc bermakna aku DJ sementara. buka youtube dan taip m nasir, sebab aku sengaja nak buka lagu m nasir lah. the lyrics, man. so beautiful. pastu baru perasan lagu spider pun main lirik-lirik sufi kah kah noobnya.
---
haritu ada member aku yang aku baru berani nak borak dengan dia, dia offer siapa nak tiket Let It Be on the 17th Julai, aku pun ibu ayah tak kata apa nak keluar ke apa, aku keluar lah haritu. it was saturday, dan sabtu aku half day, sampai dekat sana lambat like 30 mins. T_T aku ingatkan lrt tu ambil masa 30 minit ke apa dari Alam Megah nak sampai KLCC rupanya sejam lebih begitu. lepastu aku belanja dia subway lah tapi taktau la dia maafkan aku ke tidak. tapi aku dah kata minta maaf tiga kali.
pastu best gila let it be tu T_T tapi kawan aku tidur sebab dia tak tahu sangat lagu-lagu beatles. tapi takpelah kan tiket dia suka hati dia lah kah kah.
busuk sial harmonize gi mati lah
aku tak tahu nama siapa yang 4 people tu kah kah tapi dia ambik suara ada iras doe like 4/5 kesamaan la. tapi macam biasa telinga aku tak berapa so jangan la percaya sangat aku tulis apa. yang play as Lennon tu macam mencuba sangat doh (masa menyanyi), sampai ada rasa nak tumbuk juga kekadang. plucking skill is undeniable. yang play as McCartney amboi sedapnya dia jerit tarik suara apa semua mak is impressed uols.
It takes two hours for the whole show la, 20 mins intermission dan crowd tak berapa nak psyched sangat idk why, except for the final half an hour.
dia siap susun stage tu ikut album cover sgt pepper's lonely hearts club band tu, very colourful and i couldn't believe my eyes i am watching this like hey :') well harga sebenar tiket is 300 so dapat free kan jadi :')))
(now on bovidae's 8-bit dr hu heh wei cool gila)
ah great times.